Monday, July 29, 2019

Keracunan Ferum Pada Tanah Sawah


"Tambiazana," dalam bahasa Malagasy (bahasa utama Madagascar) bermaksud kepingan berwarna pirang kemerahan yang terapung di dalam sawah. Kita biasa melihat kepingan-kepingan ini terapung di sudut-sudut sawah setelah beberapa hari air dinaikkan. Air dalam sawah akan kelihatan "berkarat".

Kepingan atau karat ini sebenarnya merupakan indikator tanah kekurangan oksigen dan kalsium
. Memandangkan kalsium merupakan hara mikro dan tidak diperlukan dalam jumlah yang banyak, keracunan ferum sangat signifikan pada kekurangan oksigen dalam tanah.
Tanah yang kekurangan oksigen akan menjadi "faktor pengurang" dan zat besi (ferum) di dalam tanah akan menjadi racun. Keracunan ferum akan bertambah buruk jika tanah sawah terdiri daripada kandungan gambut yang tinggi.
Amalan merendam tanah di dalam air didapati mengurangkan oksigen dan mengakibatkan keracunan ferum. Tanah secara alami memerlukan pengudaraan yang cukup bagi memberikan produktifitas yang baik.
Keracunan ferum akan menyebabkan kematian benih, mengganggu fisiologi tanaman padi dan mengurangi pembentukan akar disamping mengurangi nutrisi penting seperti Potassium (K) dalam tanah.

Pengairan dengan air yang kurang
Kaedah terbaik bagi mengurangkan keracunan ferum dalam tanah ialah mengurangkan air. Tanaman padi tidak memerlukan _standing water_ yang tinggi. Tanaman padi dengan kaedah SRI mempromosikan tanaman padi dalam keadaan tanah yang sekadar lembab atau sedikit air saja. Ini akan memberi pengudaraan yang cukup kepada tanah disamping menghematkan penggunaan air.

Satu lagi kaedah dalam mengurangi keracunan ferum ialah penggunaan pipa yang kecil dari palung/taliair bagi memastikan air yang disalur masuk mendapat pengudaraan. Pematang sawah tidak perlu terlalu tinggi supaya air dapat dikontrol jika hujan turun. Petani perlu mengawasi permukaan air dan hanya menyalurkan air cukup sekadar keperluan tanaman padi.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Definition List

Unordered List

Support